Jimat duit dengan lebih internet sebulan




Jadual kat atas ni adalah jadual top up aku untuk sebulan (bergantung pada budget) sambil nak share kaedah berjimat duit dengan top up. Sekarang ni hotlink ada bagi 9gb dengan top up rm50 sahaja, tambah internet 8gb free dapatlah 17gb sebulan bagi pengguna simcard 4g. Tapi bagi aku, kalau top up rm60 boleh dapat 28gb untuk bulan ni dengan internet rm3 1 gb sehari. Untuk bulan depan pun masih untung lagi. Contohnya bulan ni ada 28 hari. 8 hari/8gb free sebulan, ada 20 hari lagi belilah internet rm3 1gb ni, jadi 20 gb. 20gb+ 8gb free =28gb. Kan!  Tapi aku pilih yang rm30 je, beli tengah hari hari ni, boleh sambung esok sampai tengah hari, lusa nya baru beli internet rm3 lagi. Tu je lah budget aku macam kat atas nun...tapi merasa lah jugak 18 gb sebulan pakai selang2 hari pun. Kalau top up rm40 sebulan boleh beli internet rm3 untuk hari yang no buy internet pada 27 feb dan 13 tu..jadilah 12gb dan tambah 8gb free dapat 20gb sebulan..masih untung lagi berbanding yang biasa rm50 untuk 9gb +8gb=17gb. Tapi kalau tak ada simcard 4g tak payah lah beli internet rm3 tu.. Sebab tak ada free rm8gb. RM 3 x30 hari, waw..rm90 beb. Rm 90 boleh beli 3x top up rm30. Kalau macam tu baik je ikut jadual aku kat atas tu..(bagi yang tak ada budget dan tahan lapar bila tak de internet)..hihi
Sekian, tu je trime kasih..



atau


Tapii..selagi yang rm3 ni ada promo lah. Harap2 lah promo dia kekal. Aamiin..


Kalau tak..beli je lah internet rm30 sebulan ni, 6gb tambah 8gb free dapat 14gb sebulan..okay laah..😉